Wednesday 18 December 2013

Happy 4th Anniversary!!

Alhamdulillah..genap 4 tahun rumahtangga kami..Semoga Allah terus memberi rahmat dan barakah kepada kami dan mengurniakan kami dengan kebahagian, rezeki, ketenangan dan kasih sayang serta kesetian kepada satu sama lain..juga dijauhkan dari hasad dengki manusia dan gangguan syaitan dan jin..
Terima kasih wahai suami kerana telah menjadi suami, pelindung dan sahabat terbaik...Terima kasih juga pada Mak, Abah dan Mama sebab selalu mendoakan kami..Mudah-mudahan jodoh dan kasih sayang ini berkekalan hingga ke Jannah..Love you Abang...

4 years ago

After 4 years

Mengimbau kenangan..Perhentian Island

Nengok entry kawan kite si Mummy Qausar gi Krabi n pasal plan nak ke Perhentian rasa cam best sgt teringat trip2 ke sana..first time pergi masa honeymoon yang disponsor oleh arwah Papa..sangat la sweet Papa kita ni..(I miss u dearly..al-Fatehah).. second time pergi ngan kawan baik kami, Fared & Amy (bukan nama sebenar)hehehehe..enjoy sangat2 sebab kami ada kawan yang sangat baik di sana.. Abg Yie (boatman) sesiapa gi sana cari abg Yie ni sebab servis dia tip top.. Pastu kami kenal dengan Pok Yie, nelayan tempatan yang baik hati..puas makan sotong sampai nak terkeluar balik..hajat di hati nak pergi lagi tahun depan..tengokla kesampaian ke tak..So jom layan gambar..gambar-gambar ni campur-campur dari first trip dan second trip..mampusla Amy ngamuk if dia tgk entry ni..ampun ye geng.. hehehehe

Ni la boatman kami.. Abg Yie..best brother ni..layanan first class and kawan yang baik..



























First trip

Ni second trip..nampak tak ikan-ikan?


Hubby and Fared..menyesal tak beli ikan ni..ni atas boat Pok Yie ni..

Us and Pok Yie (Amy xde..huhu)

Us


Us again..Pulau Rawa

Wednesday 20 November 2013

Makan cili ke??

Lately banyak isu pasal orang nak meroyan tak tentu pasal bila baca post orang yang dia kenal..umpama tergigit cili gayanya..melompat dan melatah tak tentu pasal..Kalau ikutkan dah nama pun media sosial, kena la open and hak masing-masing la nak tulis apa..
Yang harunya..masa beliau-beliau menulis status or komen tak pula difikirakan perasaan orang lain tapi bila pedas terasa dalam mulut sendiri baru pandai nak keluar hujah-hujah laksana pemidato hebat..keluar semua hadis-hadis atau kata-kata org bijak pandai di copy paste demi menegakkan yang bengkok..funny eh..masa diri sendiri yang buat tak pula terpikir tentang semua tu..

Apa yang aku nak kata sebenarnya..hidup ni kena la sedar diri..kalau kita buat kat orang kena la bersedia pulak orang akan buat kat kita..dan kalau kita rasa seronok buat kat orang kenala bagi orang lain pun seronok dengan buat macamtu pada kita..peringatan ini juga untuk diri sendiri sebab aku hamba yang lemah..tapi sejak dah tua ni malas nak fikir sangat hal orang..kalau dulu sentiasa nak fikirkan perasaan orang sampai perasaan sendiri terabai sekarang kena tukar..fikir perasaan sendiri, suami dan ahli keluarga yang penting2..yang lain2 silalah sedar diri..kau bukan siapa2 dengan aku..so tolong jangan menyusahkan otak aku nak pk..eehh..dah mcm terbuka sesuatu je..hahahaha..tak per..selagi tiada nama yang didedahkan sila lah jangan nak melompat tak tentu pasal ye..aku ni ramai kawan-kawan dan sedara selain beliau2..boleh jadi aku kata pasal benda or orang lain..yang tak berkenaan jgn sibuk kecuali kalau memang korang ada buat benda tak elok kat aku..sendiri mau ingatla kan.. tapi takpe..seburuk-buruk aku pada pandangan mata orang yang tak pernah nampak kebaikan aku, lagi buruk perangai orang yang bermuka-muka dan pergunakan orang lain kan..Allah maha mengetahui dan memahami..

Aku bukan insan mulia yang tak pernah melakukan kesilapan..tegurla aku dengan berhemah andai aku tersilap dan hormatilah aku bagaimana aku menghormati kalian..aku tak mintak duit or harta kalian cukupla sama-sama menikmati hidup yang singkat ini selagi termampu..Tiba-tiba jadi sesi meluah perasaan pulak kan..semoga semuanya ok..hehehe.. Peace no War everybody.. 


Wednesday 10 July 2013

Update pasal PROJEK IQRA..

Yeyyyy.. baru dapat tau nama dah dipilih untuk join program amal 27hb ni..co pilot saya adala Cik Pah..sangat excited..semoga peluang ini akan membuka lebih banyak peluang untuk perkara baik.. 
Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Tmn Maluri, KL: (Bilangan pilot diperlukan: SUDAH PENUH )
  1. Nur hazwani bt md hatta
  2. muhammad hakimin bin ahmad termizi
  3. Saiful Zareek bin Yahaya
  4. MOHD HADEB B MD. KAMARUDDIN
  5. LAILA BT CHE RAZALI
  6. Nur Shahira Mohamad Zahari
  7. ROZANA BT ZAINAL ABIDIN
  8. AHMAD ZAMANI B.ABD HALIM
  9. Norsiah Mohamad
  10. ZULIFAH RINA MOHD ZULKIFLI
  11. Sharifah Farah Shahnaz Syed Ahmad Kamal
  12. AINUL MARDHIAH BINTI KAMAL BHAREEN
  13. Naililhanim Binti Mohd Shukri
  14. NOOR HASLINDA AZLIN BINTI ABD HALIM
  15. NOOR LAILATUL MARIA BT KAMAL AMIR
  16. najla athirah bt roslan
  17. Anith Syamimi Zawadi
  18. nur syarafina bte abdul malek
  19. NOR ANIZA AZMI
  20. NURUL AKHMA ABD HAMID
  21. Ayu Syuhara Sulaiman
  22. Daila Athiah bt Bakhtiar
  23. Zanatul Ilyana binti Zakaria
  24. Ku Fauziah Binti Ku Brahim
  25. LUQMAN HAKIM BIN MOHD KAMAL
  26. SITI NURLIYANA BINTI MOHD AZIZAN
  27. ROHAYU AHMMAD ROMZAY
  28. MUHAMMED ASRI BIN MUHAMMED ALIAS
Mereka masih memerlukan tajaan bagi kanak-kanak ini..sesiapa yang berminat dan nak membantu silalah hubungi pihak berkenaan..semoga amal baik dan bantuan kalian mendapat balasan yang baik dari Allah..
Bolehla cuba-cuba tengok kat sini untuk peluang menambah saham kekal.. :D 

Bengkel Kereta Mahal...

Aku tengok banyakla orang dok pos video ni kat fb termasukla beliau-beliau yang terlibat..Pada pendapat saya yang tiada segulung ijazah ni, memang sangat benar apa yang dipaparkan tu.. Orang tak kan tahu semua kisah kita..tak tahu apa masalah kita dan xpernah paham melainkan mereka alaminya sendiri..so true..
Aku masuk universiti terlalu banyak kali..kiranya kalau belajar sampai habis dah tahap Phd kot..hehehe..tapi mungkin itu bukan rezeki aku..aku tak pernah menyesal dan menyalahkan sesiapa pun..bersyukur lagi ada sebab Allah sangat menyayangi aku dan diberikan peluang berulang-ulang kali masuk universiti, kegagalan aku ni aku kirakan sebagai kegagalan dari diri sendiri..cuma yang aku nak highlight kan kat sini adalah kenapa nak kena ada persepsi bahawa kena ada "paper qualification" baru boleh berjaya? memang semua tu berguna tapi pada pendapat aku yang hina ni, keupayaan utk survive dalam dunia nyata lebih penting.. sangat bagusla pada yang berpelajaran tinggi dan berjaya dalam hidup itu memang aku hormat habis..tapi kita kena ingat tak semua orang yang ada kelayakan akademik ni mampu menghadapi dunia sebenar. hidup bukan sama dengan teori dalam buku, it is more than that..kalau berpelajaran tapi budi bahasa dan adab out pun tak guna.. hidup ni kalau boleh biarlah seimbang dari semua aspek..selepas melalui macam-macam pengalaman selama 31 tahun hidup ni banyak sangat yang aku belajar..
Antaranya, betapa mudahnya manusia berbangga dengan apa yang mereka ada bila bandingkan diri tu dengan orang yang kurang dari kita..walhal kamu kamu itu tidak tahu apa sebenarnya disebalik kekurangan seseorang itu..terlalu mudah berasa selesa dengan diri sendiri yang pada hakikatnya orang nampak dan tahu kekurangannya.. Aku pernah melihat orang yang dengan angkuhnya mengatakan orang lain di bawah seliaannya adalah tidak setaraf dengan dirinya hanya kerana dirinya itu memiliki segulung "DIPLOMA" dari institusi yang dia sendiri malu nak ngaku sampai dengan tanpa segan silu mengupdate tempat belajar yang lebih hebat di status laman sosialnya..aku memang memerhati kerana keangkuhannya itu benar-benar menginsafkan diri ini bahawa ramai lagi manusia yang cetek pemikirannya tapi tidak segan menjerit pada dunia bahawa merekalah yang terbaik dan hebat..tanpa segan silu merasakan status diri itu meletakkan dia lebih tinggi dari orang lain, sehingga hilang rasa hormat pada orang lain..
Di bulan Ramadhan yang mulia ini..aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjadi yang lebih baik dan berdoa moga beliau-beliau ini diberi kesedaran satu masa nanti..orang memerhati dan orang tidak sebodoh yang mereka sangka..jangan terlalu merasakan diri itu sempurna.. Semoga Ramadhan menjadikan kita semua insan yang lebih baik..

p/s: aku cuba paste link video tu disini harap-harap boleh.. jadikan iktibar.. :D

https://www.facebook.com/photo.php?v=10200286985326277

Selamat berpuasa you all!!

Friday 28 June 2013

Aku nak share pasal satu program amal bulan Ramadhan nanti..walaupun tak tau la berapa kerat je yang baca blog ni tetap aku nak share gak..program ni membolehkan kita menyumbang duit ke, masa ke, tenaga ke..ikutla mana mampu.. marilah kita sama2 bantu yang termampu ye.. untuk lebih info leh check kat 



p/s: saya dah daftar..hehehe..cant wait..

Thursday 16 May 2013

Ada apa dengan nama??

Ada satu isu yang buat aku terpana kejap hari ni..kenapa manusia suke nak berbangga dengan apa yang dia ada? kalau memang benda tu dia ada tak per lagi..ni punyalah nak tunjuk hebat sampai sanggup adakan apa yang tak ada..ada yang sampai tahap berani mati sanggup menipu pasal jawatan yang disandang, pasal tempat belajar, pasal pengalaman yang sebenarnya dia tak de semata nak bagi orang nampak dia hebat... tak terpikir ke beliau-beliau ini tentang akibat andai terkantoi satu hari nanti...betul-betul berani mati..
Macam aku ni..aku tak malu nak kata aku pernah kena buang universiti masa muda-muda dulu..sebab itu adalah aku dan aku bersyukur kerana kegagalan dulu buat aku kuat untuk mengharungi hari-hari sekarang..kalau dulu aku sedih bila orang ungkit kisah silam aku..tapi sekarang aku bersyukur Allah hantar orang-orang macam ni untuk buat aku lebih kuat dan tabah..
Selama ni aku dok tengok je gelagat beliau-beliau ini tapi hari ni betul-betul buat aku tersedar aku sebenarnya lebih beruntung dari mereka kerana aku xperlu nak mereka-reka sejarah kegemilangan demi sebuah nama..biarlah aku menjadi aku dan cukupla Allah, suami dan keluarga aku je yang tahu apa sebenarnya..Aku tak perlukan pengiktirafan dari beliau-beliau ini semua sebab aku tau apa sebenarnya..
Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya..jangan ditarik aku sekali ke dalam sungai itu sebab aku tak sehebat kalian... :D

Wednesday 15 May 2013

I had enough...

Life is good at the moment..cuma yang tak best adalah 2 3 perkara yang menggangu jiwa..tapi bila fikir-fikirkan balik..perkara-perkara itu adalah perkara yang " not worth" to bother pun.. so, from now on..i decided not to think of things n people yang tak berbaloi dan tak berkenaan.. SEKIAN... peace no war!!

Monday 1 April 2013

Bz,bz,bz....

2013 adalah tahun yang sangat sibuk..macam-macam projek nak buat..hope semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..bukan senang nak senang kan...tak kurang jugak yang busuk hati..kenapalah kita ni tak boleh doakan kejayaan dan kesenangan orang lain...peringatan untuk diri sendiri jugak..lepas ni akan cuba untuk update secara berkala.. :D