Lately banyak isu pasal orang nak meroyan tak tentu pasal bila baca post orang yang dia kenal..umpama tergigit cili gayanya..melompat dan melatah tak tentu pasal..Kalau ikutkan dah nama pun media sosial, kena la open and hak masing-masing la nak tulis apa..
Yang harunya..masa beliau-beliau menulis status or komen tak pula difikirakan perasaan orang lain tapi bila pedas terasa dalam mulut sendiri baru pandai nak keluar hujah-hujah laksana pemidato hebat..keluar semua hadis-hadis atau kata-kata org bijak pandai di copy paste demi menegakkan yang bengkok..funny eh..masa diri sendiri yang buat tak pula terpikir tentang semua tu..
Apa yang aku nak kata sebenarnya..hidup ni kena la sedar diri..kalau kita buat kat orang kena la bersedia pulak orang akan buat kat kita..dan kalau kita rasa seronok buat kat orang kenala bagi orang lain pun seronok dengan buat macamtu pada kita..peringatan ini juga untuk diri sendiri sebab aku hamba yang lemah..tapi sejak dah tua ni malas nak fikir sangat hal orang..kalau dulu sentiasa nak fikirkan perasaan orang sampai perasaan sendiri terabai sekarang kena tukar..fikir perasaan sendiri, suami dan ahli keluarga yang penting2..yang lain2 silalah sedar diri..kau bukan siapa2 dengan aku..so tolong jangan menyusahkan otak aku nak pk..eehh..dah mcm terbuka sesuatu je..hahahaha..tak per..selagi tiada nama yang didedahkan sila lah jangan nak melompat tak tentu pasal ye..aku ni ramai kawan-kawan dan sedara selain beliau2..boleh jadi aku kata pasal benda or orang lain..yang tak berkenaan jgn sibuk kecuali kalau memang korang ada buat benda tak elok kat aku..sendiri mau ingatla kan.. tapi takpe..seburuk-buruk aku pada pandangan mata orang yang tak pernah nampak kebaikan aku, lagi buruk perangai orang yang bermuka-muka dan pergunakan orang lain kan..Allah maha mengetahui dan memahami..
Aku bukan insan mulia yang tak pernah melakukan kesilapan..tegurla aku dengan berhemah andai aku tersilap dan hormatilah aku bagaimana aku menghormati kalian..aku tak mintak duit or harta kalian cukupla sama-sama menikmati hidup yang singkat ini selagi termampu..Tiba-tiba jadi sesi meluah perasaan pulak kan..semoga semuanya ok..hehehe.. Peace no War everybody..